Thursday 9 February 2012

I Have Moved

I have moved my Blog. You can find new updates and follow my posts here:


http://www.ajuerashid.com

Sunday 5 February 2012

TopUp Day Premium Beautiful

4 February merupakan Top Up Day kepada usahawan-usahawan Premium Beautiful untuk bonus bulan January. Actually Ajue sepatutnya pergi ke tempat Adlan sebelom jam 9 pagi untuk hantar laundry dia, sebab dah janji since last week lagi. Then untuk terus ke Melaka jumpa client Premium Beautiful.

Tapi demi rasa bertanggungjawab terhadap business partner yang baru menapak dalam perniagaan ni, Ajue turun juga pada hari ni bagi membantu mereka. Malah leader terulung kami, Hanis pon sama-sama membantu kumpulan kami. Alhamdullilah masing-masing bakal menikmati bonus pertama mereka pada bulan February nanti.

Dan, pada hari ni jugak berakhirnya package ke Veitnam. Lepas ni company akan mengumumkan next trip pulak. Kita tunggu yer announcement nanti!















Wednesday 1 February 2012

Another great Demo and Customer Fitting

Alhamdullilah, ni termasuk kali ketiga Ajue buat Demo Premium Beautiful. Kali ni membantu rakan kongsi Amy untuk customernya di salah sebuah bank tekemuka di KL. 


Berkat ilmu yang dipelajari de kelas serta bimbingan leader kami, Hanis, kejayaan terbukti dengan sale closed sebanyak hampir 90% pada hari tersebut... Alhamdullilah syukur rezeki yang Allah berikan.


Dengan ini, Ajue lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri, kerana :


Orang yang berjaya ialah orang yang menganggap cabaran dan dugaan adalah perlu untuk membaiki kelemahan diri sendiri







Introducing new business partner

Alhamdullilah, bulan January berkembang lagi Ajue punya bisness nih dengan kehadiran dua lagi rakan kongsi baru dalam group Ajue.

Orang yang berjaya adalah orang yang paling banyak melakukan pengorbanan MASA, TENAGA, WANG dan KESERONOKAN untuk kejayaan di masa hadapan yang akan mengembalikan semula kepadanya dengan lebih hebat. Yang penting jangan lupa Allah!



Semangan yang sering dilaungkan oleh Madam



Menuntut Ilmu walaupun masa cuti CNY!!


kehadiran pada setiap kelas..


Rakan kongsi Amy yang tak pernak miss kelas!



Introducing KAK MARIAH!


Introducing MIRA!!





Power follow up!


Reunion pertama Ex-Komuniti 6A

Alhamdullilah, terlaksana jugak perjumpaan pertama kepada Ex-Komuniti 6A 2011 SK24 baru baru nih. Sempena anak-anak kami bercuti panjang kerana CNY dan sebelom masing-masing kembali bersekolah dan ada juga yang pulang ke asrama. Cuma Adlan jer yang tak tak dapat hadir kerana cuti dia tak sama dengan sekolah harian biasa. 


Pelbagai isu dibincangkan termasuklah Komuniti 6A pada tahun ini yang masih belum menjalankan apa2 aktiviti berbanding dengan tahun lepas. Kami memang aktif dengan satu niat untuk memotivasi anak-anak kami serta berusaha ke arah pencapaian cemerlang anak-anak kami dalam UPSR 2011 tahun lepas. Berkat usaha kami menjalankan pelbagai aktiviti serta latih tubi, alhamdulliah pencapaian UPSR di SK24 naik mendadak 100%!! Syukur.....


Ada juga yang mencadangkan Ajue menyertai Komuniti 6A pada tahun ini demi untuk mengekalkan prestasi anak-anak SK24 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Lagipon, Aisyah merupakan salah seorang calon UPSR tahun ni. InsyaAllah, jika diizinkan, Ajue akan menyahut cabaran ini demi anak-anak kami.









Danish (MCKK), Faiq (MRSM) dan Lokman (SBP Temerloh)




Yee Sang or Yusheng

No Chinese New Year feast is complete without Yee Sang.


As usual company Ajue akan pergi mana-mana hotel untuk Yee Sang ni. Tahun ni, company memilih Hotel Traders.


Menurut kebudayaan Cina,  













For everlasting prosperity, joy and good health throughout the year of the Dragon 



Monday 16 January 2012

Cheritera Hati GA

Okay, tanpa menghampakan harapan seorang kawan, Ajue update blog kali ni dengan kenalan baru iaitu Cheritera Hati..




Sorry Mus, Kak Ajue copy/paste jer.. hehe


GA dia senang je.

Korang buat je 1 entry, kat blog citer sikit pasal  Cheritera Haty Haney ada buat GA yang due date dia sampai 3 Feb nanti nih...

Lepas tu kan, korang kena tag 2 orang blogger, kalau lebih tak surelah pulak boleh ke tak.. so untuk kali ni kita nak tag Hasnol, kawan masa kat Encoral dan jugak Uji, Ajue punya sister in law.


Dugaan dan cabaran seorang usahawan

Siapa yang tak pernah diduga dengan tohmahan dan lemparan kata-kata kesat dalam berniaga? Maka beruntunglah orang itu. Kerana bagi Ajue, itu semua asam garam dan adat orang berniaga. Kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan namun, sejauh manakah ketahanan mental kita mampu untuk mengatasinya?


Ajue baru saja selesai urusan kemasukan anak sulung ke asrama tahfiz Al-Quran As-Sofa. Macam-macam fikian dan perasaan bermain di minda, ok tak dia, penat tak dia, boleh ke dia, mampu kah dia.. lebih-lebih lagi dapat panggilan dari Adlan sambil nangis-nangis cakap jadual terlalu ketat sampai dia tak sempat nak buat apa-apa dan macam-macam keluhan didengar sayup di telefon... Sayu hati seorang ibu mengenangkan anaknya yang jauh di mata. Namun Ajue yakin keputusan yang dibuat adalah tepat cuma ia memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan kerana terlalu selesa dengan apa yang di'hidangkan' di rumah selama ini. Ajue kuatkan semangat kerana jika Ajue turut menangis, takut nanti Adlan akan terus bersedih dan mungkin berpaling hati untuk tidak teruskan pelajarannya. 


Dan pada masa yang sama, Ajue turut terkena lontaran kata-kata serta sindiran yang sedikit sebanyak menggugat keteguhan hati untuk berniaga.. Namun, Tuhan itu Maha Adil, diujinya Ajue dengan sindiran, diberikan Ajue pula dengan keluhan Adlan. Apakah maksudnya itu? Jadi Ajue take it positive, untuk Adlan , Ajue kena kuatkan semangat dia, berikan dia kata-kata nasihat dan perangsang untuk tidak berputus asa, doakan Adlan dengan segala Rahmat Allah agar diperliharakan maruahnya dan dipermudahkan segala urusannya. Secara tak langsung Ajue telah lakukan untuk diri Ajue sendiri! Yes! Ajue berjaya motivasikan Adlan, dan dalam ertikata sebenarnya Ajue telah berjaya motivatekan diri Ajue sendiri!. Mungkin ini secara tidak sengaja dilakukan namun ia telah memberi kesan yang mendalam bagi diri Ajue. Alhamdullilah...


Secara tak langsung, ujian dan dugaan Allah inilah membuatkan Ajue meneruskan perjuangan ini walau apa jua keadaan sekalipon kerana "bekerja keraslah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok harinya"

Petikan dari rakan seperjuangan dalam facebooknya: 
Nature biz yg i ceburi sekarang memerlukan KETAHANAN mental & emosi yang kuat; juga KESABARAN yg sgt tinggi. Kalau org gelakkan sikit dah MALU, kalau org cemuh sikit dah MELENTING & org tegur sikit nak BERKECIL HATI, memang akan mudah sgt MENGALAH lalu TERSUNGKUR di pintu KEJAYAAN

Sekadar Peringatan untuk diri sendiri

Sepanjang minggu lepas dalam kesibukan menyiapkan urusan pejabat serta mengatur stratergi kumpulan, Ajue dikejutkan dengan berita kematian sepupu sebelah husband. Masa tu baru jer selesai demo dan fitting customer kat Putrajaya. Setelah selesai, balik rumah untuk solat Asar, terus bergegas ke Tanah Perkuburan Selayang kerana arwah akan dikebumikan selepas asar pada petang itu juga. Padahal masa tu telah set kan 2 appointment untuk potential rakan kongsi. Dengan berat hati Ajue terpaksa membatalkan semua urusan pada hari itu.
Setibanya di Selayang, arwah telah selamat disemadikan dan tiba-tiba hati terasa sayu dan pilu melihat kubur yang baru sahaja disempurnakan. Terlintas di fikiran, apakah tiba masa Ajue nanti ramai orang akan datang mengiringi jenazah hingga ke kubur? Atau semua orang sibuk dengan urusan dunia sehinggakan langsung tidak pedulikan Ajue? Tanpa disangka airmata bercucuran dan hati berdebar-debar serta perasaan bercelaru hinggakan mulut tak terkata apa-apa... hanya beristighfar banyak-banyak kepada Allah atas segala kelalaian yang dilakukan samada sengaja mahupun tidak.  
Alhamdullilah Allah masih sayangkan Ajue dengan kesedaran ini. Jika dulu terpaksa kerja siang malam, selalu pergi outstation tinggalkan anak-anak kat pembantu, semata-mata kerana mencari rezeki, kini Ajue lebih nekad dan bersemangat untuk mencapai impian dan matlamat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak selepas ini. Dan impian paling besar sekali ialah untuk pencen awal by age 40 demi keluarga. InsyaAllah...


Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday 11 January 2012

Bonus PB ... Alhamdullilah

Bagi semua usahawan PB samada yang baru masuk atau telah lama, hari ni merupakan hari gembira kerana usaha penat lelah bulan lepas telah dapat dinikmati. Bukan seperti kerja makan gaji samada kerajaan atau swasta, Bonus PB akan dinikmati SETIAP BULAN, Ajue ulang, SETIAP BULAN. 


Bonus PB bergantung berapa yang kita nak, maka kita usahakanlah untuk bulan sebelomnya. Mudah kan??? Bukan susah pon nak dapat bonus, bukan kena kerja setahun dulu baru dapat bonus, tu pon belom tentu setimpal dengan apa yang diusahakan. Lebih teruk lagi kalau company declare tak de bonus langsung!!. Amacam kawan-kawan di sana, masihkan anda mahu sentiasa menanti , menunggu dan melihat orang berjaya dan anda masih berada disitu sahaja? Ayuh, bangun kawan, marilah kita sama-sama merubah nasib kita kerana 

Allah takkan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak berusaha untuk mengubahnya nasibnya sendiri.




Tadi terus ke Uniqlo KLCC untuk beli sesuatu buat hubby. Sebagai tanda penghargaan hubby yang sentiasa berada di sisi untuk support apa sahaja yang Ajue lakukan. Dan jugak boleh lah hubby bawak pergi Tokyo next week ;-). Sesungguhnya moral support serta pandangan pihak ketiga adalah penting ketika kita 'down' atau menghadapi jalan buntu. Selain daripada terus-terusan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami. InsyaAllah.

Monday 9 January 2012

You never walk alone

Seringkali kita terdengar bisness MLM ramai yang mengalami kerugian, betul tak? Salah satu sebabnya kerana usahawan itu bergerak sendiri tanpa di bantu oleh leaders mereka. Tapi dengan Premium Beautiful, terutamanya group Hanis Haizi dari B32, kami tidak pernah sekali-kali ditinggalkan!

Sesibuk mana urusan Hanis, pasti beliau tetap hadirkan diri turun padang bagi membantu usahawan-usahawan baru kerana diperingkat Learning Process ini lah yang memerlukan sokongan serta bantuan pakar CDM dalam 'closing'. Dan dari situ lah para usahawan baru belajar segala apa yang Hanis berikan.





Tadi baru saja turun ke Wangsa Walk memberi sokongan kepada rakan kongsi Ajue iaitu Aiemey sewaktu Hanis membuat closing bersama-sama dengan bakal usahawan baru dalam bisness ini.

Dengan ini juga dapat memperbaiki banyak kelemahan yang ada dalam diri Ajue semoga lebih berkeyakinan dan lebih berpengalam ketika closing akan datang. InsyaAllah.

Lepas tu, sempat personal touch dengan Aiemey, saling bertukar pendapat dan pandangan tentang bisness . Malah kerana Aiemey lah Ajue makin terus bersemangat untuk pergi jauh lagi dalam bisness ini. Go Aiemey! Lets do this together! Veitnam CONFIRM!!




Sunday 8 January 2012

STIAS

Alhamdullilah, selesai sudah hari yang dinantikan selama ini dengan penuh debaran dan kecelaruan perasaan. Bercelaru bukan tak yakin dengan pilihan sekolah tapi tak tahu macamana nak hadapi bila tiba masa berpisah nanti.


Bermula dengan pendaftaran, bayar yuran, beli uniform, beli buku teks dan buku latihan. Seterusnya perasmian oleh pengasas STIAS sendiri. Dan last sekali acara masukkan barang-barang dalam dorm. Semuanya berlaku dengan mudah dan penuh kesenangan dan dipermudahkan Allah..


Adlan ditempatkan di Dorm C. Dapat katil bawah, hujung sekali tepi locker bajunya. Lepas kemas barang-barang Adlan dengan dibantu oleh Aisyah, kami bawak Adlan tinjau toilet, bilik mandi, tempat cuci baju dan juga tempat sidai/ampaian. Nampak muka Adlan sangat-sangat blurr, namun semangat dan kesungguhan yang ada dalam dirinya, Ajue yakin Adlan mampu melakukannya sama seperti pelajar-pelajar lain di situ.


Kebetulan sepupu Adlan pon berjaya ditempatkan disekolah yang sama. Cuma bezanya asrama puteri terletak di atas bukit dan jauh sedikit dari kelas. 


Program perasmian oleh pengasas STIAS sendiri iaitu  AL MUSNID SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI. 


Tiba masa bersurai, hati ibu mana yang tak sedih, begitu juga dengan Ajue. Sungguh tak tertahan kesedihan untuk meninggalkan anak sulung yang disayangi namum, inilah pengorbanan yang paling perit yang pernah Ajue lakukan. 


Bak kata mak saudara Ajue:


Keputusan yg dibuat hari ini tidak semestinya akan nampak kesannya pada hari yang sama.. Tetapi percayalah, keputusan hari ini hasilnya pasti dpt dinikmati kemanisannya yg tak terhingga..pada suatu hari yg indah...
Ajue akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Adlan dan Qie Nah sepanjang pembelajaran mereka di STIAS. Semoga Allah permudahkan segala-galanya dan sentiasa di rahmati Allah. InsyaAllah.








P/S: di saat blog ini ditulis, airmata tak henti-henti mengalir... sedih dan tak mampu untuk dicoret apa-apa lagi... Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini...





Friday 6 January 2012

Berguru dengan Sifu

Orang kata nak menimba ilmu bukan tiada batasannya. Dimana saja kita berada atau dengan sesaper saja kita mahukan ilmu terpulangkan kepada individu masing-masing.
Memandangkan Ajue baru saja dalam bidang 'bekerja sendiri' sebagai side income ni, memang tak terlepas dari segala kekurangan serta cetek pengalaman dalam bidang ini. Namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang dan menimba pengetahuan sehingga tercapai apa yang diimpikan.
Maka tercetuslah pertemuan pertama kami setelah kira-kira 14 tahun tak jumpa sejak keluar UUM dulu. Ajue purposely cari Andry dan Det untuk mendalami lagi ilmu berbusiness ini serta ingin meminta tunjuk ajar dari dua Otai dalam business memandangkan mereka telah lama dalam bidang ini sejak masa belajar lagi. Andry bukan saja menjadi idola pelajar-pelajar yang ingin membuat business kerana sudah mempunyai business t-shirtnya yang merupakan distributor terbesar semasa di UUM sehingga tertubuhnya Bizandry T-Shirt.com Tak kurang juga kepada pelajar-pelajar dari Terengganu yang menggunakan khidmat bas ekspress anjurannya setiapkali tiba waktu cuti semester. Pesan Andry,


Sentiasa menganggap side business sebagai income kedua dalam kehidupan kita. Kerana tak kira berapa keuntungan yang kita perolehi akan menjadikan total income kita sentiasa bertambah.


Sekarang Andry telah menjadi seorang usahawan bumiputra (COO) yang maju dengan perusahaan Keropok Lekor special import dari Terengganu iaitu Leko-leko. Ajue amat berbangga dengan kejayaannya yang tetap tabah mengharungi segala pahit manis dalam business.


Det pula merupakan Sifu Ajue masa degree dulu terutamanya dalam bidang IT Networking dan Java Programming. Sehinggakan Ajue sanggup mengorbankan cuti semester semata-mata untuk sama-sama setup first cyber-cafe kat Alor Setar pada masa tu. Banyak pengalaman yang Ajue perolehi semasa kerja-kerja pemasangan 'network' sehinggalah hari perlancaran cyber-cafe tersebut. Malah ia telah menjadi tempat utama pelajar-pelajar UUM tuju setiap kali keluar outing. Dan Ajue masih ingat lagi dengan pengalaman membuka cyber-cafe itulah Ajue memperolehi A untuk subjek Networking. Ini kerana apa yang dipelajari terus dipraktikkan secara live.


Det merupakan owner dan juga tulang belakang kepada cyber-cafe tersebut.


Kini dengan berbekalkan ilmu di dada serta pengalaman dalam bidang IT, Det merupakan Director kepada company nya sendiri dalam mengusahakan Hyper Velocity yang menggunakan product dari US.


Det berpesan, 


Jangan sesekali meninggalkan pekerjaan yang memberikan income tetap kepada kita sehinggalah kita yakin dan mampu untuk menjadikan side income kita sebagai yang utama.




To Andry and Det :






Thank you sooo much for the 'personal touch' menurunkan ilmu kepada Ajue even bukan dari my business line tapi pengalaman dalam berniaga jatuh bangun, pahit manis tetap dijadikan pedoman untuk menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang usahawan pada masa hadapan. Really appreciate your sharing the secrets of your success.


Keep in touch!







Tuesday 3 January 2012

New Year Sale

New Year SALE!!

Buy full set of Premium Beautiful Corset




you get...

this FREE!!


PB Wash



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


LONG BRA


Characteristics:
1. The unique 3 piece dimensional clipping cups designed to push up, support and provide firmness to chest.
2. Steel cartilage effectively provides firmness and support.
3. BI - layer depression and tightness designed to flatten abdomen and enhance breasts natural shape at optimum.
4. 2 ultra - soft wire coils help to slim down body, enhance and firm up body contour.
5. The design of BI - layer depression and tightness enables to the reshape of excessive fat around the back, thus to attain an attractive figure.
6. Unique ' U ' shapes at the back not only serves as slimming purpose, but also outlines the back contour effectively.
7. Diamond butterfly serves as an ornament to protrude the exclusiveness of the product.
8. Three pairs of Hook - and - Eye give you safe and comfortable flexibility.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WAIST NIPPER


Characteristics:
1.Made of seven pieces of 'smart technology' wires. It provides support to waist comfortable as well as upholds the backbone and straightens posture firmly.
2.The unique body shape design, transfers the fat from waist to the breasts and buttocks accordingly, thus to create a perfect and well - balanced contour.
3.The imported string from Japan enables the forming of an exquisite waist contour.
4.The flexible cutting design created a perfect contour individually.
5.Three pairs of Hook - and Eye give you safe and comfortable flexibility.
6.Diamond butterfly serves as an ornament to protrude the exclusiveness of the product.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LONG GIRDLE


Characteristics:
1.The 32 piece stereoscopic cutting design, based on 'Fragmentary Pressure Compression Theory' will effectively divert displaced fat to its original position.
2.Unique hip cup cutting and design will effectively rectify the sagging buttocks, enhance the hip curve and prop - up - hip.
3.Detached contour thigh and buttocks divert excessive fat around the thigh into the hip cup, attaining attractive hip contour.
4.Cotton on the waist of girdle provides comfort and enhances waist curve.
5.Diamond butterfly serves as an ornament to protrude the exclusiveness to the product.
6.The fixed pressure compression at the abdomen reduces the excessive fat, thus to flatten the abdomen.
7.BI - layer pressure compression design helps to adjust excessive fat around thighs, thus to develop slimmer legs.
8.Holey Bi - layer cotton provides comfort while wearing.
9.Flexible laces avoid any uncomfortable feeling.



WHO SHOULD WEAR??

  1. BAKAL PENGANTIN yang mahukan kelihatan cantik dan menarik di hari perkahwinan.
  2. HOT MOMMIES yang mahukan potongan badan sebelum mengandung serta menigkatkan kesihatan
  3. SUAMI PENYAYANG yang nak hadiahkan isteri atau bakal isteri ;-)
  4. Sesiapa sahaja yang mengalami MASALAH KESIHATAN seperti back pains, slip disc, irregular periods, period pains, breast lumps, fibroid/cysts, constipation, and trying to conceive..





MENCEGAH LAGI BAIK DARI MERAWAT!!
untuk FREE trial & consultation please call
 AJUE
mobile: 013.2260082
email: ajue3375@yahoo.com

Suatu Kesedaran

Sejak Adlan (my eldest son) dapat tawaran masuk asrama. (Sekolah Tinggi Islam As-Sofa , Yayasan As-Sofa) kat Negeri Sembilan, perasaan bercampur-campur terus menghantui fikiran. Gembira ada, sedih pon ada. Tapi bagi seorang ibu, demi masa depan anaknya, Ajue kuatkan semangat dan menolak seribu perasaan sedih itu.
Sebenarnya, Ajue memang mengharapkan Adlan dapat Sekolah Berasrama Penuh. namun kerana pendapatan kami husband-and-wife melepasi had yang telah ditetapkan oleh kementerian. Nak kata kami miskin, syarat tak lepas dan biasiswa pon tak dapat masa Yayasan Saad, nak kata kami orang kaya kenapa setiap hujung tahun pening nak fikir mana nak cari duit lebih untuk persekolahan anak-anak. Bagi golongan middle-class seperti kami, hanya mampu menahan perasaan setiap kali simpanan kami yang terpaksa dikeluarkan setiap hujung tahun demi anak-anak. Dan, kemudian, mula kumpul dan buat bajet lain pada awal tahun.... begitulah seterusnya hingga kami sendiri tak tahu di mana penghujungnya.
Dalam lepak-lepak dengan kawan-kawan sekolah dulu-dulu, ada yang dah hidup senang, ada yang extra senang dan tak kurang juga keadaan seperti kami ini. Lebih-lebih lagi amat tertekan dengan bonus sesetengah company, ada yang 6 bulan , 7 bulan dan ada juga yang 12 bulan!! Bayangkan...
Bila Adlan dah start masuk private school, besar kemungkinan adik-adik dia akan mengikuti jejak langkah abangnya jugak, tak lain dan tak bukan, kerana kami mahukan yang terbaik untuk anak-anak, dan Sekolah Kerajaan (asrama penuh) sudah tidak dapat menerima anak-anak seperti kami. Maka terpaksalah kami memilih untuk sekolah swasta. Bayangkan, anak kami ada 4 orang, tahun ni, cuma Adlan yang masuk alam persekolahan baru. Tapi, tahun depan, turn Aisyah ke Form One dan Anis pulak masuk Tahun Satu. Sudah tentulah dengan pastinya kos perbelanjaan akan jadi double nanti. Mampukah kami nanti?????


Kerja sebagai IT Engineer/Consultant dah masuk 14 tahun, belom pernah sekalipon Ajue dapat bonus lebih dari sebulan. Increment gaji pon tak pernah lagi sampai 50%. Tapi kadar INFLASI????? Pasti semua tahu kan? Kalau hidup makan gaji macam nih, sampai bila-bila pon akan jadi macam nih, awal tahu buat saving, hujung tahun habis keluar. Tu tak termasuk lagi saving untuk bawak anak-anak jalan cuti-cuti. Yer la, dah kerja teruk-teruk siang malam, tinggal anak kat bibik, nak jugak merasa seronok dengan anak-anak kan?


Alhamdullilah, dengan adanya bisness dengan Premium Beautiful, sedikit sebanyak membantu kami terutama sekali dalam keadaan sekarang. Yuran sekolah Adlan 7k++, persediaan persekolahan yang 3 lagi tu 1k++. Semua ni dibantu oleh bonus PB dan hasil jualan PB. Kami amat bersyukur kerana dipertemukan dengan Premium Beautiful dan juga berada di stokis B32 dibawah pimpinan CDM Hanis dan jugak CDM Raz. Tak lupa juga rakan kongsi kami terutamanya Aiemey dan Farhan. InsyaAllah kami akan teruskan bisness ini walau apa pon terjadi kerana kami ingin mencapai :

Kerja 3 tahun tapi seperti berkerja 30 tahun . Jimat umur 27 tahun .. Pencen muda , pencen kaya dan pencen bergaya. .Freedom time & freedom money anytime ...

Sunday 1 January 2012

Premium Beautiful: Majlis Ilmu

Menuntut Ilmu bukan sahaja waktu sekolah saja. Kata pepatah, tuntutlah Ilmu walau ke negeri China. 


Ajue suka kelas Ilmu B32 ni sebab sambutannya memang tak pernah dingin, sentiasa penuh sampai ke tangga! Dan yang paling best bila Hanis sentiasa tentukan apa tema warna baju nak pakai.. hehehehe barulah nampak kita semua mengamalkan sikap team-work saling bantu membantu untuk mencapai impian dan cita-cita.


Thanks to Echenta for the lovely pics. 


Yessss