Friday 6 January 2012

Berguru dengan Sifu

Orang kata nak menimba ilmu bukan tiada batasannya. Dimana saja kita berada atau dengan sesaper saja kita mahukan ilmu terpulangkan kepada individu masing-masing.
Memandangkan Ajue baru saja dalam bidang 'bekerja sendiri' sebagai side income ni, memang tak terlepas dari segala kekurangan serta cetek pengalaman dalam bidang ini. Namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang dan menimba pengetahuan sehingga tercapai apa yang diimpikan.
Maka tercetuslah pertemuan pertama kami setelah kira-kira 14 tahun tak jumpa sejak keluar UUM dulu. Ajue purposely cari Andry dan Det untuk mendalami lagi ilmu berbusiness ini serta ingin meminta tunjuk ajar dari dua Otai dalam business memandangkan mereka telah lama dalam bidang ini sejak masa belajar lagi. Andry bukan saja menjadi idola pelajar-pelajar yang ingin membuat business kerana sudah mempunyai business t-shirtnya yang merupakan distributor terbesar semasa di UUM sehingga tertubuhnya Bizandry T-Shirt.com Tak kurang juga kepada pelajar-pelajar dari Terengganu yang menggunakan khidmat bas ekspress anjurannya setiapkali tiba waktu cuti semester. Pesan Andry,


Sentiasa menganggap side business sebagai income kedua dalam kehidupan kita. Kerana tak kira berapa keuntungan yang kita perolehi akan menjadikan total income kita sentiasa bertambah.


Sekarang Andry telah menjadi seorang usahawan bumiputra (COO) yang maju dengan perusahaan Keropok Lekor special import dari Terengganu iaitu Leko-leko. Ajue amat berbangga dengan kejayaannya yang tetap tabah mengharungi segala pahit manis dalam business.


Det pula merupakan Sifu Ajue masa degree dulu terutamanya dalam bidang IT Networking dan Java Programming. Sehinggakan Ajue sanggup mengorbankan cuti semester semata-mata untuk sama-sama setup first cyber-cafe kat Alor Setar pada masa tu. Banyak pengalaman yang Ajue perolehi semasa kerja-kerja pemasangan 'network' sehinggalah hari perlancaran cyber-cafe tersebut. Malah ia telah menjadi tempat utama pelajar-pelajar UUM tuju setiap kali keluar outing. Dan Ajue masih ingat lagi dengan pengalaman membuka cyber-cafe itulah Ajue memperolehi A untuk subjek Networking. Ini kerana apa yang dipelajari terus dipraktikkan secara live.


Det merupakan owner dan juga tulang belakang kepada cyber-cafe tersebut.


Kini dengan berbekalkan ilmu di dada serta pengalaman dalam bidang IT, Det merupakan Director kepada company nya sendiri dalam mengusahakan Hyper Velocity yang menggunakan product dari US.


Det berpesan, 


Jangan sesekali meninggalkan pekerjaan yang memberikan income tetap kepada kita sehinggalah kita yakin dan mampu untuk menjadikan side income kita sebagai yang utama.




To Andry and Det :






Thank you sooo much for the 'personal touch' menurunkan ilmu kepada Ajue even bukan dari my business line tapi pengalaman dalam berniaga jatuh bangun, pahit manis tetap dijadikan pedoman untuk menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang usahawan pada masa hadapan. Really appreciate your sharing the secrets of your success.


Keep in touch!







No comments:

Post a Comment