Sunday 8 January 2012

STIAS

Alhamdullilah, selesai sudah hari yang dinantikan selama ini dengan penuh debaran dan kecelaruan perasaan. Bercelaru bukan tak yakin dengan pilihan sekolah tapi tak tahu macamana nak hadapi bila tiba masa berpisah nanti.


Bermula dengan pendaftaran, bayar yuran, beli uniform, beli buku teks dan buku latihan. Seterusnya perasmian oleh pengasas STIAS sendiri. Dan last sekali acara masukkan barang-barang dalam dorm. Semuanya berlaku dengan mudah dan penuh kesenangan dan dipermudahkan Allah..


Adlan ditempatkan di Dorm C. Dapat katil bawah, hujung sekali tepi locker bajunya. Lepas kemas barang-barang Adlan dengan dibantu oleh Aisyah, kami bawak Adlan tinjau toilet, bilik mandi, tempat cuci baju dan juga tempat sidai/ampaian. Nampak muka Adlan sangat-sangat blurr, namun semangat dan kesungguhan yang ada dalam dirinya, Ajue yakin Adlan mampu melakukannya sama seperti pelajar-pelajar lain di situ.


Kebetulan sepupu Adlan pon berjaya ditempatkan disekolah yang sama. Cuma bezanya asrama puteri terletak di atas bukit dan jauh sedikit dari kelas. 


Program perasmian oleh pengasas STIAS sendiri iaitu  AL MUSNID SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL MALIKI. 


Tiba masa bersurai, hati ibu mana yang tak sedih, begitu juga dengan Ajue. Sungguh tak tertahan kesedihan untuk meninggalkan anak sulung yang disayangi namum, inilah pengorbanan yang paling perit yang pernah Ajue lakukan. 


Bak kata mak saudara Ajue:


Keputusan yg dibuat hari ini tidak semestinya akan nampak kesannya pada hari yang sama.. Tetapi percayalah, keputusan hari ini hasilnya pasti dpt dinikmati kemanisannya yg tak terhingga..pada suatu hari yg indah...
Ajue akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Adlan dan Qie Nah sepanjang pembelajaran mereka di STIAS. Semoga Allah permudahkan segala-galanya dan sentiasa di rahmati Allah. InsyaAllah.








P/S: di saat blog ini ditulis, airmata tak henti-henti mengalir... sedih dan tak mampu untuk dicoret apa-apa lagi... Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini...





No comments:

Post a Comment