Wednesday 1 February 2012

Reunion pertama Ex-Komuniti 6A

Alhamdullilah, terlaksana jugak perjumpaan pertama kepada Ex-Komuniti 6A 2011 SK24 baru baru nih. Sempena anak-anak kami bercuti panjang kerana CNY dan sebelom masing-masing kembali bersekolah dan ada juga yang pulang ke asrama. Cuma Adlan jer yang tak tak dapat hadir kerana cuti dia tak sama dengan sekolah harian biasa. 


Pelbagai isu dibincangkan termasuklah Komuniti 6A pada tahun ini yang masih belum menjalankan apa2 aktiviti berbanding dengan tahun lepas. Kami memang aktif dengan satu niat untuk memotivasi anak-anak kami serta berusaha ke arah pencapaian cemerlang anak-anak kami dalam UPSR 2011 tahun lepas. Berkat usaha kami menjalankan pelbagai aktiviti serta latih tubi, alhamdulliah pencapaian UPSR di SK24 naik mendadak 100%!! Syukur.....


Ada juga yang mencadangkan Ajue menyertai Komuniti 6A pada tahun ini demi untuk mengekalkan prestasi anak-anak SK24 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Lagipon, Aisyah merupakan salah seorang calon UPSR tahun ni. InsyaAllah, jika diizinkan, Ajue akan menyahut cabaran ini demi anak-anak kami.









Danish (MCKK), Faiq (MRSM) dan Lokman (SBP Temerloh)




No comments:

Post a Comment