Tuesday 13 December 2011

Old Entry : UPSR Result 2011

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Pagi-pagi lagi I dah bangun, kejutkan Adlan, solat hajat agar mendapat kejayaan yang besar hari ni, insyaAllah.

Sampai kat kantin sekolah, parents dah ada yang sampai sejak pukul 8 lagi, walhal result akan di-announcekan lepas jam 10 pagi. Tapi, sanggup ambil cuti semata-mata untuk meraikan kejayaan anak-anak SK24.

Alhamdullilah, seramai 18 orang dari kelas Adlan berjaya mendapat 5A termasuklah Adlan sekali. Ada jugak yang tak pernah-pernah dapat 4A sekalipon masa percubaan, berjaya jugak akhirnya. Kami parents yang bertungkus lumus sejak awal tahun iaitu Komuniti 6A amat berbangga dan bersyukur atas segala usaha kami selama ini. Program-program seperti sleep-over, latih tubi, lawatan motivasi sedikit sebanyak mampu membawa perubahan ketara kepada anak-anak kami.

Namun, ada juga yang tidak mendapat seperti apa yang dirancangkan, usahlah bersedih dan berputus asa. Ini bukan penamat, bahkan inilah titik permulaan untuk kita melangkah ke suatu persekitaran baru. Mulakan dengan niat yang suci, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya juga.

To all anak-anak Komuniti 6A, I ucapkan syabas dah tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dan bila dah masuk Form 1 nanti, janganlah lupakan kawan-kawan anda semua yer ;-)



Airmata seorang Ibu atas kejayaan anaknya.. 


Tahniah Adlan!
Zuhaer, Danish, Adlan, Lokman, Faiq, Hidayat, Alia, Sofea, Intan, Umairah, Rizwana, Anis Suraya, Azriyati, Nik, Laura.. dan lain-lain yang Autie lupa nama di sini.


This movie presentation is for all UPSR's students 2011 in SK24

  

No comments:

Post a Comment