Wednesday 5 October 2011

Asam garam dalam pekerjaan

Selamat sejahtera ke atas kamu, (Assalamualaikum)

Setelah 12 tahun lebih menempuh alam pekerjaan, hari ini dikejutkan dengan berita yang kurang menyedapkan hati. Biasalah, manusia ni, kalau nak naik pangkat ker, naik gaji ker, sanggup buat apa saja sampai kawan-kawan sekeliling naik muak dengan perangainya. Tapi kali ni macam tak mampu nak menangis kesedihan, tak mampu nak tarik muka masam, malah diri ini hanya tersenyum mendengar pertuduhan yang dilemparkan. Senyum, tak perlu kata apa-apa! :-)
Mungkin hati ini lebih memilih redha saja daripada melenting dan cuba mencari siapa yang punya angkara. Maka berserahlah kepada yang Berkuasa. Tanpa disedari ini memberi semangat untuk menguatkan usaha dalam bisness PB ini agar cepat mempunyai tabungan yang cukup untuk memberi laluan kepada mempunyai pernigaan sendiri. Benarlah bahawa ,  '99% rezeki adalah dengan Berniaga'.


Dalam semua tindakan kita
niatkanlah kerana Allah
agar kita mendapat berkat
dalam senang ataupun susah
dalam setiap amalan kita
mulakanlah dgn berdoa
bersungguhlah dalam usaha
berbuatlah yg sebaiknya
mulakanlah dgn namaNya
الله بسم الله بسم
dalam senang bersyukurlah
ucaplah الحمدلله
jika susah beristigfarlah
استغفرالله العظيم
tawakkallah kepadaNya

kami tawakkal kpd Allah
tiada berkuasa selain dariNya
doa, usaha dan berserahlah
terimalah qada' qadarNya




No comments:

Post a Comment